Super Excellent Network Bersama Meraih Kebebasan Finansial Yang Sebenarnya

Minggu, 22 Maret 2015

Belia Ranau diminta rebut peluang untuk dapatkan pekerjaan

Belia Ranau diminta rebut peluang untuk dapatkan pekerjaan


Belia Ranau diminta rebut peluang untuk dapatkan pekerjaan

Posted: 22 Mar 2015 06:43 PM PDT

23rd March, 2015

RANAU: Para belia di daerah ini diseru agar merebut peluang untuk mendapatkan pekerjaan tidak kira di mana mereka berada kerana apa yang penting adalah pengalaman, kemahiran dan komitmen serta kesungguhan untuk bekerja.

Menteri Pembangunan Sumber Dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Siringan Gubat berkata, golongan belia, terutama sekali para lepasan sekolah perlu merebut peluang untuk bekerja kerana pengalaman bekerja adalah amat penting untuk masa hadapan mereka.

"Janganlah ada sikap memilih pekerjaan di kalangan para belia, khususnya mereka yang baru habis sekolah mahupun yang sudah lama mencari pekerjaan. Gunakanlah masa muda anda dengan mencari pengalaman bekerja," jelas beliau.

Kata beliau lagi, kerajaan amat mengambil berat pembangunan modal insan yang berkemahiran tinggi. "Banyak usaha-usaha yang sedang dan akan dilaksanakan kerajaan di dalam memajukan belia-belia di Sabah. Antaranya ialah peluang-peluang latihan kemahiran dan penubuhan banyak institusi latihan bagi memberi peluang kepada golongan belia memperolehi kemahiran yang diperlukan oleh industri masa kini," jelas beliau.

Siringan berkata demikian semasa berucap sempena perasmian Program Karnival Pekerjaan (3p) Dan Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Tenaga Kerja Sabah

Peringkat Daerah Ranau yang diadakan di Dewan Masyarakat Ranau pada Sabtu.

Beliau yang juga Adun Paginatan berkata, tujuan program itu diadakan adalah bagi merealisasikan objektif jabatan, iaitu untuk memberikan peluang pekerjaan kepada warganegara tempatan Malaysia.

Menurut beliau, program tersebut diadakan tepat pada masanya kerana pada ketika ini, ramai belia sedang mencari pekerjaan.

"Memandangkan keputusan peperiksaan STPM dan SPM telah diumumkan, maka program ini merupakan kesempatan kepada belia-belia di daerah Ranau ini untuk mencari peluang pekerjaan bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh majikan yang hadir pada hari ini," jelas beliau.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Tenaga Kerja Sabah, Othman Bin Abdullah memberitahu, seramai 400 orang pencari kerja hadir dalam program itu, dan seramai 79 dari mereka Berjaya ditempatkan dalam pelbagai bidang pekerjaan, manakala 57 orang pencari kerja akan dipanggil untuk ditemuduga kali kedua.

Program tersebut katanya, juga disertai oleh 17 Majikan, dua Penyedia Latihan, dan enam Jabatan Kerajaan. Turut hadir di majlis itu, Pengarah Tenaga Kerja Sabah, Kamal Pardi, Penolong Pegawai Daerah Ranau, Bernard Kimin, Timbalan Pengarah Tenaga Kerja Sabah, Safian Hamzah, Ketua Pejabat Tenaga Kerja Ranau, Clarice Luis dan lain-lain. – OLEH ADUKA JASNIN SUMAN

This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar