Super Excellent Network Bersama Meraih Kebebasan Finansial Yang Sebenarnya

Rabu, 25 Desember 2013

Koperasi mampu beli saham GLC

Koperasi mampu beli saham GLC


Koperasi mampu beli saham GLC

Posted: 25 Dec 2013 10:14 AM PST

Oleh RAJMAH HASAN
pengarang@utusan.com.my

Sanusi Junid (dua, kanan) menerangkan sesuatu kepada Nik Ali Mat Yunus (kiri) dan Abdul Fattah Abdullah (kanan) ketika melawat Muzium Koperasi Malaysia pada Majlis Bicara Tokoh Koperasi di ANGKASA di sini, hari ini. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 25 Dis. - Kerajaan disaran membuka peluang kepada sektor koperasi di negara ini menceburi perniagaan berskala besar menerusi pembelian saham-saham sesuai dalam syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC).

Bekas Menteri Pertanian, Tan Sri Sanusi Junid berkata, langkah itu antara usaha memperkasakan peranan koperasi di seluruh negara, sesuai dengan kedudukannya sebagai teras ketiga pembangunan ekonomi negara.

Dengan bilangan 10,800 koperasi meliputi 7.3 juta keahlian yang memiliki aset lebih RM100 bilion itu, beliau yakin sektor yang kini menyumbang lima peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mampu bersama GLC menjana ekonomi negara.

"Saya rasa sudah masanya rakyat melalui koperasi boleh memainkan peranan untuk berdikari dalam banyak bidang, justeru, berilah peluang kepada koperasi dan kita sarankan kerajaan buka ruang kepada mereka untuk beli saham dalam GLC.

"Bayangkan dengan kemampuan yang mereka ada (aset lebih RM100 bilion), banyak peluang perniagaan boleh dilakukan bersama GLC untuk meningkatkan ekonomi negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Bicara Tokoh Koperasi anjuran Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) di sini semalam.

Kira-kira 200 ahli koperasi termasuk Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Nik Ali Mat Yunus; Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah dan Timbalan Presiden Angkasa, Mutadho Bahari hadir dalam majlis itu.

Sanusi yang juga bekas Menteri Besar Kedah menjelaskan, koperasi merupakan platform terbaik untuk melibatkan masyarakat dalam bidang ekonomi malah konsep pelaksanaannya dianggap paling sesuai dengan ajaran agama.

"Koperasi amat menekankan ukhuwah atau persahabatan. Dalam koperasi, tak ada tempat untuk orang tamak sebaliknya ia platform yang dapat menyemarakkan semangat perpaduan menerusi penglibatan semua kaum dalam meningkatkan ekonomi negara," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Fattah berkata, pihaknya akan mengemukakan cadangan Sanusi ke Majlis Perunding Koperasi Negara di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk diperhalusi.

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar