Super Excellent Network Bersama Meraih Kebebasan Finansial Yang Sebenarnya

Selasa, 24 Desember 2013

Beri peluang koperasi beli saham dalam GLC - Sanusi

Beri peluang koperasi beli saham dalam GLC - Sanusi


Beri peluang koperasi beli saham dalam GLC - Sanusi

Posted: 24 Dec 2013 02:09 AM PST

KUALA LUMPUR 24 Dis. - Kerajaan disaran membuka peluang kepada sektor koperasi di negara ini menceburi perniagaan berskala besar menerusi pembelian saham-saham sesuai dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Bekas Menteri Pertanian, Tan Sri Sanusi Junid berkata, langkah itu sebagai antara usaha memperkasakan peranan koperasi di seluruh negara, sesuai dengan kedudukannya sebagai teras ketiga pembangunan ekonomi negara.

Dengan bilangan 10,800 koperasi meliputi 7.3 juta keahlian yang memiliki aset lebih RM100 bilion itu, beliau yakin sektor itu yang kini menyumbang lima peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mampu bersama-sama GLC menjana ekonomi negara.

"Saya rasa sudah masanya rakyat melalui koperasi boleh memainkan peranan untuk berdikari dalam banyak bidang, justeru, berilah peluang kepada koperasi dan kita sarankan kerajaan buka ruang kepada mereka untuk beli saham dalam GLC.

"Bayangkan dengan kemampuan yang mereka ada (aset lebih RM100 bilion), banyak peluang perniagaan boleh dilakukan bersama GLC untuk meningkatkan ekonomi negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Bicara Tokoh Koperasi anjuran Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar