Super Excellent Network Bersama Meraih Kebebasan Finansial Yang Sebenarnya

Jumat, 27 September 2013

BNYJF 2013 buka peluang siswazah cari pekerjaan

BNYJF 2013 buka peluang siswazah cari pekerjaan


BNYJF 2013 buka peluang siswazah cari pekerjaan

Posted: 27 Sep 2013 12:15 PM PDT

KUALA LUMPUR 27 Sept. - BN Youth Job Fair (BNYJF) 2013 yang bermula hari ini menjadi tumpuan golongan muda terutama siswazah menganggur dan golongan yang meninjau peluang kerja lebih baik.

Karnival selama tiga hari sehingga Ahad ini berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini disertai oleh lebih 350 majikan yang menawarkan kira-kira 30,000 peluang pekerjaan untuk direbut oleh pencari kerja.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, golongan muda daripada pelbagai peringkat umur dan kaum mula memenuhi lokasi tersebut sejak awal pagi.

Golongan belia menyifatkan penganjuran karnival itu sebagai peluang terbaik bagi mereka mencari kerja yang sesuai dengan minat dan kelayakan masing-masing.

Siswazah Universiti Sains Malaysia (USM), Dinul Huda Ismail, 24, mengakui program tersebut banyak membantu para graduan untuk mencari pekerjaan.

"Penganjuran program ini dilihat sebagai langkah baik dalam usaha membantu menyediakan pekerjaan kepada kami.

"Golongan belia terutama lepasan institut pengajian tinggi (IPT) tidak harus melepaskan peluang berkunjung ke karnival ini untuk mencari kerja yang sesuai atau sekurang-kurangnya mendapat pendedahan tentang peluang dan permintaan dalam bidang pekerjaan," katanya.

Bagi seorang pekerja swasta, Suhaimi Azahari, 29, selain menyediakan peluang pekerjaan kepada graduan, karnival itu juga dapat memberi peluang kepada mereka yang bekerja untuk mencari pekerjaan baharu yang lebih baik.

Dia yang kini bekerja di sebuah syarikat swasta, turut hadir untuk melihat peluang yang ditawarkan.

"Saya sokong langkah kerajaan ini. Ia merupakan langkah terbaik dan saya harap kerajaan konsisten dalam menganjurkan aktiviti sebegini," katanya.

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends:

Tidak ada komentar:

Posting Komentar