Super Excellent Network Bersama Meraih Kebebasan Finansial Yang Sebenarnya

Minggu, 03 Februari 2013

Peluang tamatkan perang saudara di Syria kini terbuka

Peluang tamatkan perang saudara di Syria kini terbuka


Peluang tamatkan perang saudara di Syria kini terbuka

Posted: 03 Feb 2013 02:06 PM PST

MUNICH: Pemimpin pembangkang Syria telah bertemu menteri luar Russia dan Iran kelmarin, dan ia membuka peluang bagi perkembangan penting dalam usaha menamatkan perang saudara di Syria.

Russia dan Iran merupakan sekutu paling kuat Presiden Syria, Encik Bashar Al-Assad, sepanjang berlakunya pemberontakan bersenjata di Syria yang bermula Mac 2011.

Sebarang kata sepakat yang mungkin dicapai antara sekutu Encik Assad dengan penentangnya dapatmembantu mengatasi keengganan Encik Assad dan pihak pemberontak ke meja rundingan.

Semasa satu persidangan keselamatan antarabangsa tahunan di Munich, pemimpin Perikatan Nasional Syria, Encik Moaz Alkhatib, telah mengadakan rundingan dengan Menteri Luar Russia, Encik Sergei Lavrov.

Pertemuan mereka dipercayai berjaya diadakan setelah Encik Alkhatib memberi isyarat sedia berunding dengan Damsyik.

"Russia mempunyai visi tertentu, tetapi kami mengalu-alukan rundingan bagi melegakan krisis dan banyak butiran yang perlu dibincangkan," kata Encik Alkhatib selepas pertemuan itu.

Selepas mesyuarat selama 45 minit dengan Menteri Luar Iran, Encik Ali Akbar Salehi, pula, Encik Alkhatib berkata:

"Kami bersetuju kita harus mencari huraian bagi mengakhiri penderitaan rakyat Syria."

Beliau juga bertemu Naib Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, dan utusan khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi isu Syria, Encik Lakhdar Brahimi.

Menurut Encik Alkhatib, tujuannya mengadakan pertemuan-pertemuan itu adalah "bagi membincangkan cara mengundurkan rejim dengan cara paling aman dan paling sedikit korban jiwa".

Awal minggu ini, kedudukan Encik Alkhatib dalam gerakan pembangkang berada dalam risiko apabila beliau secara terang-terangan berkata sedia bertemu pegawai Syria untuk membincangkan peralihan jika tahanan politik yang diberkas semasa pemberontakan dibebaskan.

Mantan Setiausaha Negara Amerika, Cik Hillary Clinton, memuji kesediaan Encik Alkhatib bertemu wakil Encik Assad di luar Syria dan memanggil beliau seorang yang "bukan sahaja berani tetapi bijak".

Beliau juga melahirkan kebimbangan mengenai tindakan Iran baru-baru ini yang meningkatkan bantuan ketenteraan kepada Encik Assad.

Sementara itu, pelan yang dirancang Cik Clinton dan bekas pengarah Agensi Risik Pusat (CIA), Jeneral David Petraeus, bagi memberikan senjata dan melatih pemberontak Syria telah ditolak Rumah Putih, lapor akhbar New York Times, kelmarin.

Amerika telah mengirimkan bantuan kemanusiaan ke Syria, tetapi menolak permintaan pemberontak agar dikirimkan senjata kepada mereka. - Reuters.

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Eyes Like Blank Discs - The Guardian's Steven Poole On George Orwell's Politics And The English Language.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar