Super Excellent Network Bersama Meraih Kebebasan Finansial Yang Sebenarnya

Kamis, 14 Agustus 2014

Peluang pasarkan produk koperasi

Peluang pasarkan produk koperasi


Peluang pasarkan produk koperasi

Posted: 14 Aug 2014 11:56 AM PDT

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
pengarang@utusan.com.my

SITI Zaiton Adnan menunjukkan produkproduk seperti daging salai, dodol gula enau dan gula enau yang diusahakan oleh Koperasi Industri Asas Tani Negeri Sembilan Berhad yang berpusat di Batu Kikir, Kuala Pilah, semalam. - UTUSAN/Abd. Razak Aid

JEMPOL 14 Ogos - Penganjuran Hari Koperasi Negara (HKN) 2014 di Stadium Mini Kuala Pilah, Kuala Pilah merupakan inisiatif berterusan kerajaan dalam mengarusperdanakan sektor berkenaan untuk menjana pertumbuhan ekonomi negara.

Penganjuran program seperti ini memberi peluang dan ruang kepada industri ini untuk mempromosikan produkproduk dan barangan keluaran koperasi selain mewujudkan semangat kerjasama dalam kalangan ahlinya.

Setiausaha Koperasi Industri Asas Tani Negeri Sembilan Berhad, Siti Zaiton Adnan berkata, ini merupakan penyertaan kali ketiga koperasi itu dalam program seumpama ini dan ia merupakan platform terbaik bagi menjana pendapatan ahli.

Malah, katanya, sambutan ini sekali gus memperlihatkan peranan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dalam membantu industri itu berkembang pesat selain membolehkan ahliahlinya bergiat secara serius dalam bidang perniagaan.

"Saya melihat penganjuran HKN ini amat baik kerana inilah cara bagi sesebuah koperasi menjana pendapatan selain melihat potensi yang ada bagi produk keluaran koperasi untuk dikembangkan serta diperluaskan pasaran.

"Kita tahu bahawa kita tidak hanya boleh menjana pendapatan hanya untuk dalam sesebuah negeri sebaliknya kita perlu menerokai peluang yang ada di peringkat tertinggi supaya akhirnya nanti ahliahlinya akan meraih keuntungan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Koperasi Industri Asas Tani Negeri Sembilan Berhad yang berpusat di Batu Kikir ini berteraskan produk makanan dan memasarkan pelbagai produk antaranya 'Daging Salai Sesora', 'Dodol Gula Enau' dan gula enau pada pameran HKN yang akan bermula pada 22 hingga 24 Ogos ini.

Katanya, produk yang dipasarkan ini bukan sahaja berkualiti malah mendapat tempat dalam kalangan penduduk tempatan selain menembusi pasaran di sekitar Selangor dan Pahang.

Sementara itu penganjuran HKN 2014 ini juga memberi manfaat kepada industri pelancongan di negeri ini dalam menawarkan produk pelancongan kepada orang ramai menerusi penyertaan Koperasi Homestay Lonek Jempol Berhad.

Mula ditubuhkan pada tahun lalu, koperasi berkenaan melihat peluang menerusi HKN ini sebagai platform memperkenalkan produk berbentuk pelancongan seperti inap desa yang bakal mendapat sambutan menggalakkan.

Menurut Pengerusi koperasi itu, Badariah Ahmad, koperasi yang berasaskan kepada produk pelancongan ini perlu diberikan nafas baharu dalam menjana pendapatan dan tidak hanya bergantung kepada satusatu produk sematamata.

Malah katanya, selaku peserta yang akan menyertai HKN 2014 nanti pastinya produkproduk pelancongan dapat ditawarkan kepada orang ramai dan juga syarikatsyarikat lain yang dilihat boleh menjalankan usahasama dalam menjana pendapatan.

"Menerusi program seperti inilah kita dapat meluaskan pasaran kita. Homestay Lonek ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan sudah pastinya ia perlu ditonjolkan dalam pameran seperti ini agar mereka tahu tawaran yang diberikan.

"HKN ini juga boleh kita katakan satu peluang kepada kami sebagai koperasi mencari peluangpeluang perniagaan menerusi program suai niaga yang mana ada syarikatsyarikat yang mungkin boleh menjalankan usaha sama.

"Akhirnya nanti pulangan itu dikembalikan kepada ahli dalam bentuk keuntungan," katanya.

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar