Super Excellent Network Bersama Meraih Kebebasan Finansial Yang Sebenarnya

Senin, 19 Agustus 2013

PM: Usaha Melayu disokong penuh

PM: Usaha Melayu disokong penuh


PM: Usaha Melayu disokong penuh

Posted: 18 Aug 2013 09:49 PM PDT

Selamat Hari Kebangsaan, dan Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Bulan Ramadan lalu, saya sempat ke Masjid An Nur untuk majlis berbuka puasa. Ia baru saja dipertingkat dan diluaskan.

Saya gembira melihat hasilnya. Sungguh cantik sekali. Saya juga kagum dengan semangat dan kesungguhan anggota jawatankuasa dan para relawannya.

Mereka giat cari dana, mendekati penduduk dan bantu golongan susah. Inilah semangat gotong- royong yang wujud di Singapura dan saya harap ia akan terus mekar.

Pembangunan Masjid An Nur mencerminkan kemajuan baik program peningkatan dan pemba- ngunan masjid.

Dalam masa beberapa tahun lagi, tiga masjid baru akan dibina di Woodlands, Jurong West dan Punggol.

Ini bermakna akan ada 18 ribu ruang solat tambahan menjelang 2016. Tentu sekali, ini berita baik untuk umat Islam.

Dalam kita membina prasarana bagi masyarakat, kita juga pastikan budaya dan warisan kita terpelihara.

Taman Warisan Melayu telah dibuka semula September lalu. Ia semakin popular. Banyak persemba- han budaya diadakan di sini.

Tahun lalu, saya juga sentuh tentang Wisma Geylang Serai. Reka hiasnya baru terpilih. Saya tidak sabar untuk lihat bagaimana rekaan yang cantik ini menjadi kenyataan nanti. Saya yakin anda juga tidak sabar menantikannya.

Sepanjang setahun lalu, rakyat Singapura berbincang tentang masa depan kita bersama melalui Perbincangan Singapura Kita atau OSC.

Orang Melayu aktif dalam usaha di peringkat nasional ini. Selain OSC, orang Melayu juga anjurkan Suara Musyawarah yang membincangkan isu-isu lebih khusus kepada masyarakat Melayu.

Rata-rata, orang Melayu Singapura kongsi keprihatinan rakyat Singapura yang lain iaitu 5P. Apa itu 5P? 5P ialah perumahan, penjagaan kesihatan, pendidikan, pekerjaan dan peluang.

Ini mencerminkan betapa sepadunya masyarakat Singapura.

Singapura kini berada di satu titik peralihan. Dalam dunia yang sedang berubah, kita mahu Singapura terus menjadi titik merah yang bersinar-sinar.

Setiap kita ada peluang untuk maju dan tingkatkan diri, di sekolah mahupun dalam kehidupan. Anda semua jangan bimbang tentang soal penjagaan kesihatan atau hari tua.

Janganlah bimbang tentang perumahan. Setiap orang boleh miliki rumah sendiri yang dimampui. Kita perlu ada semangat kekitaan di sini. Singapura milik kita, untuk kita ba- ngunkan dan banggakan. Bersama-sama, kita boleh lakukannya!

Untuk capai matlamat ini, kita perlu mengubah beberapa dasar ke atas pendekatan kita. Negara perlu kukuhkan jaringan keselamatan sosial dan pupuk peluang-peluang lebih adil dan menguntungkan untuk semua rakyat Singapura.

Sebagai sebuah masyarakat, kita harus lebih aktif, berusaha mengatasi keperluan sosial kita dan bantu satu sama lain.

Perubahan dasar ini juga diterapkan dalam usaha untuk tingkatkan masyarakat Melayu-Islam. Pemerintah akan tambah usaha untuk perbaiki kehidupan semua rakyat Singapura khususnya melalui perumahan, penjagaan kesihatan, dan pendidikan.

Kita mahu baiki kehidupan keluarga susah. Setiap anak harus ada peluang baik untuk mulakan hidup mereka tidak kira latar belakang keluarga.

Dasar-dasar ini adalah untuk semua masyarakat tetapi ada banyak faedah untuk masyarakat Melayu/Islam. Dasar-dasar kita ini akan membantu tingkatkan mobiliti sosial masyarakat Melayu/Islam dan membolehkan golongan susah keluar dari lingkaran kemiskinan.

Masyarakat Melayu-Islam adalah contoh baik bagaimana sebuah masyarakat yang aktif boleh berjaya mencapai sesuatu.

Badan-badan Melayu/Islam misalnya sedang giat mengatasi keperluan sosio-ekonomi masyarakat. Forum Pemimpin Masyarakat, CLF, bekerjasama dengan badan Melayu/Islam untuk melakar program yang efektif.

Satu contoh ialah Rangkaian Keluarga AKRAB yang bantu keluarga bergaji rendah dan anak-anak mereka untuk majukan diri.

Gambar ini menunjukkan para peserta sedang belajar tentang tumbuh-tumbuhan sambil perkukuh ikatan keluarga di Taman Pasir Ris semasa Hari Bumi.

Saya galakkan anda supaya gandakan usaha dan manfaatkan sepenuhnya sokongan pemerintah.

Capailah hasil maksimum dengan menggunakan CLF dan wadah lain yang ada. Tetapi hati-hati.

Jangan biarkan persaingan menjadi tidak sihat dan jangan biarkan semangat aktivisme menimbulkan politik berdasarkan kaum.

Saya yakin masyarakat Melayu/Islam komited terhadap dasar berbilang kaum dan meritokrasi Singapura. Saya juga galakkan anda tumpukan perhatian kepada banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk perbaiki kebajikan masyarakat.

Yang penting kita lakukan yang terbaik untuk atasi sesuatu masalah bukan bertelagah sama ada ia masalah sesuatu kaum atau masalah nasional.

Saya jamin, pemerintah akan sokong sepenuhnya usaha anda dengan sumber-sumber dan kepakaran. Salah satu isu ialah tentang sumbangan pemerintah kepada akaun Edusave murid-murid. Sekarang, akaun dan sumbangan Edusave ini hanya untuk murid-murid di sekolah nasional sahaja.

Ada sebabnya begitu, tetapi ada golongan murid yang berasa ter- pinggir termasuk pelajar madrasah.

Isu ini telah lama tertunggak. Dalam hal ini, para Anggota Parlimen Melayu PAP tidak duduk diam. Sepanjang beberapa tahun lalu, mereka telah kemukakan perkara ini kepada saya.

Kami telah semak semula dasar ini dan mengambil keputusan untuk mengubahnya. Kami akan meluaskan akaun dan sumbangan Edusave kepada semua murid, tidak kira sama ada di madrasah, di luar negara atau mendapat didikan di rumah.

Ini satu isyarat bahawa kita hargai setiap anak dan akan bantu membina semangat perpaduan yang kukuh di kalangan generasi akan datang.

Walaupun pemerintah dan masyarakat akan gandakan usaha, setiap individu mesti terus berikan yang terbaik. Sebahagian rakyat Singapura bimbang sama ada kita boleh bertakat di tengah-tengah persaingan yang semakin sengit.

Ramai orang Melayu juga berasa begitu. Hari ini memang lebih ramai orang Melayu jadi PME, tetapi sebahagian besar baru mula bertapak. Pada masa yang sama, masih ramai pekerja Melayu berpendidikan rendah. Mereka bimbang tentang persaingan dari pekerja asing.

Tetapi saya yakin kita boleh berjaya. Daripada terus bimbang, lebih baik kita manfaatkan peluang-peluang latihan yang ada, tingkatkan diri dan hadapi persaingan dengan berani. Inilah semangat juang yang mesti kita tanamkan dalam masyarakat Melayu.

Sejauh ini, masyarakat Melayu telah mencatat kemajuan ketara. Pendapatan keluarga anda me- ningkat dan tahap pendidikan semakin baik. Orang Melayu kini cemerlang dalam pelbagai bidang. Hampir setiap hari ada saja kisah kejayaan anak Melayu yang menda- pat sorotan media massa.

Misalnya, Dr Rufaihah Abdul Jalil , zamil kajian kanan di Sekolah Perubatan Yong Loo Lin, NUS. Beliau telah menjalani kajian pos kedoktoran dalam bidang sel tunjang dan biologi vaskular di Sekolah Perubatan Stanford di Amerika. Kini, Rufaihah aktif berbakti kepada masyarakat.

Selain berkhidmat sebagai Anggota Majlis Tertinggi MUIS, beliau juga gemar merangsang minda kanak-kanak. Rufaihah sering membawa mereka ke makmal dan mengajar mereka cara menggunakan pera- latan yang ada.

Satu lagi contoh orang Melayu yang berjaya (dalam bidang lain) ialah seorang "tukang pukul". Maksud saya, ahli atau pemukul genderang, Muhammad Riduan Zalani, pemenang Anugerah Belia Singapura.

Beliau telah membawa irama kompang dan rebana Melayu ke persada dunia termasuk Perancis, Australia dan Amerika. Saya bertemu Riduan ketika beliau buat persembahan di satu jamuan Mendaki. Bakatnya menakjubkan. Saya me- nonton video beliau di YouTube: Sungguh bertenaga dan seronok sekali. Mari kita tonton sedutannya. Ini bukan kembar tiga. Tapi inilah persembahan tiga-dalam-satu Riduan! Baguskan?!

Rufaihah dan Riduan berjaya dalam sistem meritokrasi kita dan membuktikan bahawa tiada yang mustahil. Tahniah! Teruskan usaha baik anda!

Masa depan kita berbeza dari masa lalu. Masyarakat Melayu/Islam juga mesti berubah mengikut peredaran masa. Anda telah buktikan anda boleh melakukannya dan saya yakin anda boleh terus tingkatkan diri.

Orang Melayu mampu buat sumbangan besar kepada masyarakat, ekonomi dan negara kita. Anda berkongsi aspirasi dan kebimbangan rakyat Singapura yang lain. Marilah kita berganding bahu untuk capai matlamat kita bersama. Marilah kita bersatu-padu membina Singapura yang jauh lebih baik untuk kita semua!

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: 'You Say What You Like, Because They Like What You Say' - http://www.medialens.org/index.php/alerts/alert-archive/alerts-2013/731-you-say-what-you-like-because-they-like-what-you-say.html

Tidak ada komentar:

Posting Komentar