Super Excellent Network Bersama Meraih Kebebasan Finansial Yang Sebenarnya

Kamis, 10 Mei 2012

SIA intai peluang usaha sama dengan India dan China

SIA intai peluang usaha sama dengan India dan China


SIA intai peluang usaha sama dengan India dan China

Posted: 10 May 2012 03:15 PM PDT

Mudah cetak
E-mel

11 Mei 2012

EKONIAGA

SIA intai peluang usaha sama dengan India dan China

Oleh
Norhaiza Hashim

SYARIKAT penerbangan nasional, Singapore Airlines Ltd (SIA), sedang meneroka usaha sama di India dan China setelah ia mengalami kerugian bagi suku keempat berakhir Mac tahun ini.

SIA, yang bakal melancarkan khidmat anak syarikat penerbangan bajetnya, Scoot, ke Sydney dan Gold Coast di Australia Jun ini, tidak melihat tempahan penerbangan SIA ke Australia terjejas.

Ini dinyatakan Ketua Eksekutifnya, Encik Goh Choon Phong, dalam taklimat akhbar semalam sehari selepas ia mengumumkan kerugian sebanyak $38.2 juta bagi suku keempat berakhir 31 Mac tahun ini, kerugian ketiga pernah dialami dalam sejarahnya.

Ia berbanding keuntungan $171 juta setahun lalu.

Prestasi lemah itu dihadapi ekoran kenaikan harga minyak dan ketidaktentuan ekonomi sejagat, menjadikan keuntungan bersih SIA menjunam 69 peratus mencapai $336 juta bagi keseluruhan tahun kewangan itu.

Kos harga minyak meningkat 29 peratus, menyebabkan perbelanjaan kumpulan melonjak 10 peratus.

Dalam suku keempat sahaja, SIA menyatakan bantahan berlaku di Timur Tengah menyebabkan kos harga minyak pesawat melonjak sehingga 15 peratus.

Bagi keseluruhan tahun, pendapatan SIA tumbuh 2 peratus mencapai $14.8 bilion.

'Kami perlu meneliti bagaimana kami boleh menyesuaikan diri dengan keadaan dan perubahan dalam pasaran.

'Terutama di China dan India, kami akan terus bekerjasama dengan syarikat-syarikat penerbangan di sana,' ujar Encik Goh, sambil menambah perbincangan masih berjalan.

SIA, sebuah anggota Star Alliance bersama Air China, mengumumkan usaha sama dengan Virgin Australia yang berjaya membantunya meningkatkan capaian di negara kanggaru itu dengan menyelaras jadual penerbangan mereka.

SIA tidak berasa tertekan dengan pertumbuhan lebih banyak syarikat penerbangan bajet di rantau ini.

'Kami melihatnya sebagai satu enjin pertumbuhan tambahan dan bukan persaingan. Kesan syarikat-syarikat penerbangan bajet itu terhadap SIA tidak besar,' katanya.

Selain Australia, Scoot, anak syarikat penerbangan tambang murah yang diperkenalkan SIA, akan turut terbang ke Bangkok.

Selain Scoot, SIA mempunyai perkongsian 32.84 peratus dalam syarikat tambang murah, Tiger Airways.

Permintaan penerbangan terutama di Eropah dan Amerika Syarikat akan terus lemah dengan pemulihan secara beransur-ansur dijangkakan hanya separuh kedua tahun ini, tambah Encik Goh.

Untuk menangani kelembapan itu, SIA sebelum ini meminta agar lebih 1,000 juruterbang menimbangkan mengambil cuti tanpa gaji daripada seminggu sehingga dua tahun.

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar